Tajuk : Tingkat 5, Nombor 3: Benar atau Cabaran.
Babak 1: Dalam rumah, waktu pagi.
Keadaan rumah yang sunyi dan kelam-kabut. Cut kepada bilik (katil ditutup dengan selimut). Tiba-tiba bunyi loceng berbunyi kuat…
Gring!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Gring!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Cut semula kepada ruang tamu. Cutaway kepada bilik tidur dan sepasang tangan keluar dari selimut dan mencari-cari loreng. Bunyi loceng terus berbunyi.
Gring!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Gring!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kepala seorang perempuan keluar mencari loceng. Matikan bunyi dan melihat waktu jam itu, pukul 8pagi. Terus tidur dengan menutup kepalanya dengan selimut.
Babak 2 : Dalam rumah, waktu pagi.
Ruang tamu yang tiada orang. Bunyi air mengalir dengan orang sedang mengosok gigi. Cutaways kepada cermin pada bilik air, tiba-tiba perampuan tadi muncul di depan cermin dengan muka yang basah. Merenung dalam mata dalam cermin untuk beberapa saat kemudian senyum. Cut kepada bilik tidur. Menukar baju dalam bilir dan mengemas rambut.
Li Ling.
“Nama saya Li Ling, saya berumur 22 tahun. Saya merupakan seorang pelajar universiti dan pengkhususan dalam filem dan penyiaran. Saya suka menulis jadi ingin menjadi seorang penulis tetapi mendapat tekanan dari ahli keluarga. Abang saya merupakan seorang doktor dan kakak seorang peguam dan mereka selalu berpendapat saya merupakan seorang adik yang menyusahkan. Saya tinggal bersama 5 orang pelajar yang lain dan kami merupakan kawan yang sangat rapat.”
(Cut kepada Ping Ping yang memakai cermin mata besar dan berpakaian biasa seperti jeans dan t-shirt sahaja.)
“Ping Ping, rakan sebilik saya. Berumur 20 tahun, pelajar pengurusan tahun kedua. Dia seorang yang suka menolong orang dan mudah dipengaruhi kerana terlalu mudah mempercayai orang lain. Segala masa depan telah diatur oleh ayahnya.”
(Cut kepada Alena yang sedang menitik nasib untuk rakan sebiliknya, Melanie.)
“Alena Mummen, umur 22 tahun, pelajar psikologi tahun ketiga. Seorang yang menanam minat dalam menitik nasib terutamanya permainan kad tarot. Cita-citanya adalah untuk menjadi penitik nasib kad tarot sehingga menemui cintanya.
(Cut kepada Mel yang sedang ‘make-up’ dan setkan rambutnya di depan cermin bilik sambil menghayati potongan badannya.)
“Melanie, atau Mel merupakan seorang anak orang kaya, sangat cantik dan minatnya adalah ‘shopping’ dan menghiaskan diri. Boleh membeli baju dan perhiasan lain sehingga almari telah penuh dan terpaksa meminjam tempat di bilik saya. Hubungannya dengan ahli keluarga tidak begitu baik kerana tidak mahu mengambil alih syarikat ayahnya dan selalu melarikan diri dari rumah sejak di sekolah menengah lagi.”
(Cut kepada Jayson, sedang jel rambut dan memilih pakaian untuk disesuaikan dengan moodnya hari ini.)
“Jayson, seorang pelajar seni grafik, sangat bergaja dan tampan, mulutnya yang manis jadi selalunya ramai gadis akan terpikat akan tetapi akhirnya ditinggalkan olehnya. Baginya, tarikh laput untuk setiap kekasih hanya 7 hari jadi tiada seorang kekasihnya yang melebihi 7 hari.”
(Cut kepada Sabestian, sedang memicit pimple. Berasa geram terdapat pimple yang besar di mukanya)
“Sabestian, dia mempunyai sifat kelembutan dan selalu dipermainkan oleh rakan sekelasnya. Dia tidak kisah asalkan dia mempunyai ramai kawan kerana dia tidak mempunyai seorang kawan baik sejak sekolah rendah. Jadi, dia selalu membuat jenaka untuk memgembirakan orang lain walaupun berasa terhina.
(Cut kepada ruang tamu, jam menunjuk pukul 11pagi, masih dalam keadaan kelam-kabut. Tiba-tiba semua keluar dari bilik masing-masing dan tergesah-gesah menuju ke pintu.)
Li Ling.
Hey…Siapa akan belikan makan malam hari ini? Apa yang akan kami lakukan hari ini? Still partying?
(pergi ke peti sejuk dan mengambil susu segar).
Melanie.
Well, I am not buying… Saya telah buat booking untuk membuat spa tangan. Don’t ask me to buy dinner…I don’t want to scratch my knells. (sedang mencari kasut untuk memadankan bajunya sambil menunjuk-nunjukkan kukunya kepada mereka.)
Sabestian.
Alahai…bukannya cantik sangat…nak buat SPA…bazir masa sahaja…(mengejek sambil membuat-buat muka dan Mel menjeling ke arahnya) hmmmmmmm… mata kiri saya ahhhhhhhhhhsyik berkelip-kelip… eh, Alena tolong tilik apa akan terjadi pada saya…Oh my god!!! ( Memegang mata kirinya sambil berjalan kearah Mel).
Alena.
Hmmmm… pagi ini saya telah menitik, ada penanda yang kuat bahawa Mr. Right akan muncul hari ini…hehehe…
(tangan memegang kad tarot percintaan dan senyum-senyum sepi tanpa menghiraukan Sabestian).
Jayson.
Wei…bila pernah tilikkan you tepat? Haha…jangan bercakap lagilah…kalau tak jalan pasti lambat…Saya nak meet Karyn nanti…
(duduk di tepi sofa dengan pose yang bergaya).
Ping Ping.
Ok la..saya akan belikan makan malam. Apa yang kamu nak makan?
(muka yang naïf dan sedang membetulkan cermin matanya).
Li Ling.
Oh ya, jangan lupa beli bir… saya nak nasi ayam.
Mel.
Tak payah beli untuk saya, saya tengah on diet.
Alena.
Nasi Goreng tambah cili kurang minyak dan tak mahu…
Ping Ping
Dan tak mahu udang…
Jayson
Saya akan makan dengan Karyn, jadi tak payah beli untuk saya.
Sabestian
Karyn, sudah hari ke berapa? Oh…Saya nak nasi ayam juga…thanks…
Semua menuju kea rah pintu…Pintu ditutup…
Babak 3: Dalam Rumah, waktu malam.
Mereka semua di ruang tamu sedang bersuka-ria, sedang bermain kad poker dalam satu kumpulan.
Jayson.
Game!!!!!!!!!!!!! Hey ada tak game yang lain… Lebih mencabar, boring la ini…
Mel.
You ada idea?
Kawan 1.
Huh… saya ada satu, apa kata kita main benar atau cabar…
Semua sambil merenung kawan 1.
Benar atau cabar? Apa tu?
Kawan 1.
Ha… ini game yang best… ok macam ini…
(botol diletakkan di tengah-tengah dan dipusingkan, apabila mulut botol di tujukan kepada seseorang, orang itu harus memilih antara benar atau cabar. Sesiapa yang memilih benar harus menjawab apa jua soalan dengan sebenar-benarnya dan sesiapa yang memilih cabar harus melakukan arahan yang diberikan).
Macam mana? Berani? Ok, saya akan mulakan.
Botol di pusingkan, mereka semua berasa cemas dan merenung mengikut pusingan botol. Botol berhenti kearah Ping Ping. Ping Ping berasa takut dan asyik membetulkan cermin matanya.
Sabestian.
Oh…Ping Ping…benar atau cabar?!
Ping Ping.
Be…benar…(takut dan cemas).
Kawan 1.
Baik, apa soalan yang kamu nak tanya?
Jayson.
Biar saya tanya. Well, let’s see… ok, bila kali terakhir kamu bercinta? Dengan siapa?
Ping Ping.
Huh?! (muka yang naïf) Tak…tak pernah…
Jayson.
(menunjukkan muka yang ganjil dan matanya seolah-olah ingin mengoda Ping Ping)
Apa?! Haha.. oh..baby, let me help you…
Alena.
Pergi jauh sikit. Jangan cuba dan main di sini…
Li Ling.
Hey, sudah lah..mari kita teruskan. Ping kamu pusingkan botol tu.
Ping Ping memusingkan botol itu, semua merenungnya pusing dan akhirnya berhenti kearah Kawan.
Kawan.
Saya pilih cabar… hehehe… mari, kemukakan cabaran kamu…
Jayson.
Ok, apa kata kamu mencium Sabestian di bibirnya.
Kawan.
Kamu gila! Apa kata kamu yang buat.
Jayson.
Jangan lupa ini adalah peraturan permainan.
Sabestian.
Ai ya… jahatnya kamu…(dalam hati berasa gembira).
Semua sekali.
Cium! Cium! Cium!
(Jayson memegang kepala kawan dan memusing kearah Sabestian. Kawan cuba menolak tetapi Jayson lebih kuat. Kawan dengan tidak puas hatinya cuba mengemukakan cabaran untuk mereka semua.)
Kawan.
Ok, baik! Apa kata saya cabar kamu semua, tingkat 5 nombor 3. Saya cabar kamu semua melakukan sesuatu yang ingin kamu lakukan tetapi tidak berani melakukannya selama ini? Berani?!
Semua. (melihat antara satu sama lain).
Ok baik…
Ping Ping.
tapi apa dendanya?
Kawan.
Baik, kamu semua menulis dalam sekeping kertas dan masukkan dalam botol masing-masing. Tidak boleh buka sehingga tempoh masa setahun sampai. Hari yang sama tahun depan kita akan membukanya bersama dan melihat siapa yang tidak berjaya melakukan perkara yang ditulisnya. Siapa yang gagal harus makan tahi anjing.
Semua.
BAIK!!! (dengan semangat yang bersungguh-sungguh).
Mula menulis hasrat mereka.
Li Ling – “Saya akan mendapat anugerah penulis terbaik dalam pertandingan menulis antarabangsa yang di anjurkan baru-baru ini.”
Alena – “Saya akan dapat mencari cinta sejati saya dengan tilikkan kad tarot saya.”
Melanie – “Saya akan menjadi seorang usahawan yang berjaya”
Ping Ping – “Memberitahu ayah bahawa saya nak tukar pengkhususan ke zoologist.
Sabestian – “saya nak jadi seorang pereka fesyen dan akan adakan ‘fashion show’ di Paris satu hari nanti.”
Jayson masih tak tahu apa yang hendak ditulis. Cuba melihat apa yang ditulis oleh Ping Ping dan Sabestian. Mereka cuba mengelak dan menutup.
Jayson.
Hai… Tak tahu apa yang hendak ditulis.
Mel.
Senang sahaja. Tulis bahawa saya akan mencari seorang gadis yang akan mehentikan perbuatan keji kamu itu.
Setelah menulis, mereka memasukkan kertas ke dalam botol masing-masing dan ditutup dengan baik. Kesemua botol tersebut diletakkan di atas televisyen supaya mudah dilihat dan mereka akan ingat tentang janji ini.
Kawan.
Baik, botol akan diletakkan di sini. Dalam masa setahun ini, sesiapa pun tidak boleh membuka atau menukarnya. Kamu semua akan berusaha mecapai hasrat yang telah kamu tulis itu.
Untuk beberapa bulan yang seterusnya, mereka rajin dan berkobar-kobar untuk melakukan hasrat mereka itu. Setiap kali mereka masuk atau keluar ke ruang tamu, mereka akan menoleh kearah botol tersebut dan merenungnya untuk beberapa saat. Setengah tahun telah berlalu…
Babak 4: Di bilik pensyarah, waktu pagi.
Li Ling.
Professor, apakah pendapat tentang cerita saya kali ini? Boleh dihantar untuk pertandingan?
Professor.
Oh ya… sebenarnya saya telah mmbaca cerita kamu itu. Saya berasa cerita ini mendatar… tiada klimaxnya dan pudar sangat watak-watak dalam cerita. Apa kata kamu terus menulis dan hantar kepada saya lagi setelah kamu rasa baik dan menarik untuk dibaca.
Li Ling keluar dari bilik professornya dan cerita dipegang dalam tangannya. Dengan hati yang sedih dan hampar dia berjalan keluar.
Babak 5: Di meja makan, waktu malam.
Ayah.
Ping, bagaimana dengan pelajaran kamu sem ini? Kamu masih belum tunjukkan keputusan peperiksaan sem lalu. Adakah kamu sedang menutup sesuatu dari saya.
(Ping Ping dengan takutnya melihat ibunya untuk meminta tolong.)
Ibu.
Ayah… Jangan tanya tentang perkara macam ini semasa makan. Biarlah dia, dia sudah besarlah.
Ayah.
Ala… diamlah kamu, Ping baik kamu ingat bahawa kamu harus mendapat keputusan yang cemerlang… jangan jatukkan air muka saya. Selepas kamu graduate, saya akan hantar kamu ke UK untuk meneruskan master kamu di situ.
Dengan perasaan yang tidak puas, ingin memberitahu ayahnya yang dia telah tukar pengkhususan ke zoologist tanpa pengetahuannya tetapi tidak dapat mengeluarkan sebarang perkataan. Dia terus membisu dan hanya mengangguk-angguk kepala sambil melihat ke bawa.
Babak 5: Dalam rumah, waktu malam.
Pintu rumah di buka, Ping Ping muncul dengan muka yang hampar dan sedih. Tutup pintu dan terus masuk ke biliknya tanpa menghiraukan sesiapa pun. Alena dan Sabestian berbaring diatas lantai dan tengah menonton TV sambil makan keropok. Kedua-dua sedang merampas keropok diatas meja. Apabila Ping Ping masuk, mereka merenung ke arahnya.
Alena.
Saya boleh rasakan sesuatu yang tidak baik telah berlaku. (mukanya seolah-olah penilik yang professional dan tangannya sentiasa memgang sekeping kad tarot yang mengikut tilikan hari itu).
Sabestian.
You pun satu, tengok mukanya pun tau yang dia tidak gembira. Eh…eh… mesti ayahnya yang menyebabkannya macam ini. Oh…so kesian….by the way, apa masalah pula Ling tu? Sejak beberapa hari ni, saya nampak dia rajin sangat mengemas rumah. Ha…sekarang pula busy mencuci tandas, tadi saya nak pergi tandas dia pun tidak benarkan.
Alena.
Ha… dia tu, apa lagi, cerita diban oleh professor la…. Sudah kali ketujuh ceritanya di tolak.
Menunjuk Li Ling yang sedang mencuci tandas, melap tingkap dan mengemas meja. Setiap kali ceritanya ditolak oleh professor, dia akan mula mengemas dan mencuci rumah untuk beberapa hari untuk mendapatkan ilham dan lepaskan stress.
Kes ini berlaku untuk beberapa bulan dan mereka telah mula hilang semangat untuk merelisasikan janji mereka itu. Maka, mereka telah balik ke keadaan asal dan hanya bersuka-ria dan hidup tanpa arah tujuan.
11 bulan berlalu dan bulan terakhir tiba…
Babak 6: Dalam rumah, waktu malam.
Ayah Ping Ping datang ke rumahnya. Dia berasa sangat marah kerana dia telah mendapat tahu yang anaknya telah menukar pengkhususan dan ingin terus menghantarnya ke luar negara untuk berlajar.
Ayah.
Beraninya kamu!!! Apa yang telah terjadi kepada kamu?! Sekarang telah pandai melawan ya… mari ikut saya balik.
Ping Ping
Ayah, saya telah membuat keputusan untuk belajar zoologist. Ini memang minat saya selama ini ayah dan…
Ayah.
Apa!!! Berani sungguh kamu ini…. Tak kira macam mana saya telah putuskan yang kamu akan ke luar negara. Sekarang ikut saya balik…
Alena.
Pak Cik, mengapa asyik nak Ping mengikut arahan kamu, dia bukannya anjing yang kamu boleh arahkan ke sana, ke sini.
Alena menentang ayah Ping Ping dan mereka semua cuba menghalang Alena tetapi dalam hati mereka memang setuju dengan tindakkannya. Ayah Ping semakin marah.
Ayah.
Kamu diam… ini bukan urusan kamu. Kamu tak berhak mengajar saya. Kamu semua ini sampah masyarakat. Tiada harapan langsung.
Jayson.
Eh… pak cik…kamu dah ketelaluan tau…. Walaupun kami bukan pelajar terbaik tetapi kami bukan sampah…
Ayah
Bukan? Baik cakap, apa yang telah kamu lakukan selama ini selain bersuka-ria dan hidup yang tidak teratur?
Ping Ping
Cukup! Cukup! Ayah, kamu langsung tidak memahami saya atau cuba menanya apa yang saya mahukan. Kamu selalu membuat keputusan tanpa mendapatkan pendapat saya. Saya telah tak tahan lagi.
Ping Ping menangis dan terus lari keluar ke rumah. Melanie lari mendapatkannya.
Babak 7: Dalam taman permainan, waktu malam.
Melanie.
Ping! Jangan lari… Ping!
Ping terus berlari tanpa menghiraukan Mel. Dia akhirnya berhenti di taman permainan dan terus menanggis.
Ping Ping
Saya memang tak berguna. Ini pun tidak dapat lakukan. Memang tak berguna langsung!!!!!!!!!!(menjerit).
Melanie.
Bukan kamu yang tak berguna… Setidak-tidaknya kamu telah meluahkan pandangan kamu akhirnya… Bukan semua orang dapat melakukan, Ping. Sekurang-kurangnya kamu lebih berani daripada saya.
Ping Ping berhenti menangis, dia mengosokkan air matanya dan merenung ke atas Melanie. Dia merasa seolah-olah Mel ada sesuatu yang tidak kena.
Ping
Apa halnya, Mel. Mengapa kamu berkata begitu?
Mel.
Well, emmmm… sebenarnya saya, saya…saya bukannya tak suka mengambil alih syarikat ayah saya tetapi masalahnya, saya tak berani…. Jadi selama ini saya cuba melarikan diri dari memikul tanggungjawab ini.
Ping.
Apa! Jadi selama ini kamu tak berani menghadapinya…
Mel.
Ping… Ayah kamu memang betul…selama ini apa yang telah kami lakukan selain bersuka-ria dan menghabiskan waktu belia kita? Masih ingat dengan janji kita? Masa setahun telah sampai Ping. Apa yang telah kita lakukan untuk mencapainya?
Ping tercegat di situ seolah-olah tidak percaya apa yang dikatakan oleh Melanie yang selama ini tidak pernah mengambil kisah tentang hal lain selain menghiaskan diri. Mereka berdua terus membisu di situ sahaja.
Malam itu, mereka berenam tidak dapat tidur dan mereka memikirkan semula apa yang dikatakan oleh Mel dan Ayah Ping. Flashback apa yang mereka lakukan selama ini. (bersuka-ria, mengenakan orang lain, lepak di sana-sini dan hidup tanpa arah tujuan). Tambahan pula, pagi esok adalah hari terakhir janji yang mereka buat itu.
Babak 8: Dalam Rumah, waktu pagi.
Keadaan rumah yang sunyi dan kelam-kabut. Cut kepada bilik (katil ditutup dengan selimut). Tiba-tiba bunyi loceng berbunyi kuat…
Gring!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Gring!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Cut semula kepada ruang tamu. Cut kepada bilik tidur dan sepasang tangan keluar dari selimut dan meraba-raba mencari loreng. Bunyi loceng terus berbunyi.
Gring!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Gring!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kepala Li Ling keluar mencari loceng. Matikan bunyi dan melihat waktu jam itu, pukul 8pagi. Terus tidur dengan menutup kepalanya dengan selimut.
Babak 9: Dalam Ruang Tamu, waktu pagi.
Jam dinding menunjuk pukul 12 tengahari. Semua duduk dalam satu kumpulan dengan semangkuk tahi anjing di atas meja. Mereka merenungnya dan tiada sesiapa yang berani bersuara. Mereka juga tidak mahu membuka botol janji itu malah ada sedikit menyesal atas janji tersebut.
Kawan.
Baik, ini adalah perjanjian yang telah dibuat setahun dulu. Jadi hari inilah yang akan melihat keputusannya. ( tangannya memegang botol-botol yang selama ini terletak di atas TV dan mukanya yang gembira).
Li Ling.
Baik, saya akan makannya. Saya yang tidak dapat melakukkan janji saya. Biarlah saya seorang sahaja yang memakannya.
Alena.
Tak, bukan kau seorang sahaja, kami semua yang harus makan.
Jayson.
Baik, makan lo.
Sabestian.
Huh!?? Betul nak makan ini… eeeeeeeeeeee ya…menjijikkan….
Kawan
Ok, bagus…Mari kita mulakan.
Dia cuba menolak muka Sabestian yang duduk disebelahnya kearah mangkuk tahi anjing itu. Sabestian cuba menolaknya tetapi di tolak oleh kawan serumahnya yang lain.
Sabestian.
Hey!!!!!!!!!!!!! Nanti!!!!!!!!!!!!
(Semua tidak mahu mulakan dulu jadi membuat Sabestian memulakannya. Semasa mereka sedang menolaknya, Ping Ping terlanggar rak TV dan tiba-tiba sepucuk surat yang terselit keluar dari tepi TV. Ping Ping merenungnya dan seterusnya menjerit…)
Ping Ping.
NANTI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Melanie.
Apa hal….
Ping Ping.
Ini surat yang diterima pagi tadi. Ini surat untuk Ling… Da…da…dari…FINAS!!!!!!!!!!!!!!!!!
Semua.
FINAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ping Ping.
Ya….FINAS… Ling, cerita kamu telah memenangi tempat pertama…. TEMPAT PERTAMA!!!!!!!!!!!!!!
Semua.
TEMPAT PERTAMA!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Li Ling mengambil surat itu dan membaca semula. Mereka memandang ke surat itu dan sungguh tidak disangka. Mereka merenung antara satu sama lain….
Semua.
YEA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Berjaya… (gembira sehingga melompat-lompat dan berpeluk-pelukkan).
Professornya telah menghantar cerita Ling yang dihantar terakhirnya ke pertandingan itu sebulan lalu. Cerita berdasarkan cerita mereka sendiri… Tingkat 5, Nombor 3.
- TAMAT -
Sinopsis.
Cerita mengesahkan 6 orang sahabat baik yang tinggal dalam satu rumah yang sama, di tingkat lima nombor tiga sebuah condo yang berhampiran dengan universiti mereka. Mereka adalah Li Ling, Alena Mummen, Ping Ping, Melanie, Jayson dan Sabestian. Mereka merupakan pelajar univerisiti dan tidak mempunyai hasrat dan arah tuju. Apa yang mereka inginkan sekarang adalah bersuka-ria dan tidak perlu risaukan masa depan mereka. Pada mereka, tahun muda adalah untuk bersuka-ria dan membazir masa ke atas kerja-kerja yang tidak berfaedah.
Suatu hari, seorang kawan mereka telah menperkenalkan permainan baru kepada mereka, Benar atau Cabaran. Kawan mereka itu juga telah mencabar mereka untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak berani lakukan selama ini. Sesiapa yang tidak dapat lakukan mereka akan didenda untuk memakan tahi anjing. Satu janji, 6 individu dan tempoh masa setahun untuk melakukan.
Dalam tempoh setahun ini, mereka cuba melakukan sebaik mungkin untuk merelisasikan janji mereka akan tetapi gagal banyak kali dalam perjalanan mereka. Ini telah menyebabkan mereka mula patah semangat dan mengabaikan janji seterusnya balik kepada hidup sebelumnya sehingga ayah Ping Ping melawat ke rumah mereka dan memarah mereka adalah sampah masyarakat!
Tempoh setahun semakin menghampiri dan mereka mula berasa gelisah. Siapa yang akan didenda memakan tahi anjing? Dan selama ini apa yang telah mereka lakukan? Adakah mereka adalah sampah masyarakat? Adakah ini bermakna muda? Ini merupakan soalan yang timbul dalam pemikiran mereka selama setahun ini.
